Khamis, 15 Mac 2012

BANJIR DI HULU LANGAT


Anak Cik Kintan, Abg Mie dengan waterjet
(selalunya digunakan untuk cuci kereta)
Tolong hantar ok, buat keje kebajikan skit nnti Allah bagi pahala kat Abg mie

RABU 8 Mac 2012-Hujan telah turun tanpa henti dari pukul 5 petang hinggalah keesokan hari nya khamis. Di ibukota Kuala Lumpur juga turut sama terkene tempias banjir walaupun banjir kilat. Cik kintan n hubbypun pada hari itu pulang lewat dari pejabat. petang tu di Hulu Langat rumah cik kintan masih ok lagi. Rupa-rupanya pada malam itu beberapa kawasan seperti di batu 18 hingga batu 14 telah dilanda banjir besar. Diikuti Sg. Serai, batu 11 (di kawasan berhampiran rumah cik kintan) nasib baik taman perumahan cik kintan terletak di atas bukit. Habis rumah dan harta benda dan kereta di tenggelami air sedalam paras dada orang dewasa. Sedih betul la keadaannye. Ada jiran cik kintan yang bermalam di masjid dan surau (balik dari kerja malam). Penduduk yang terkene bencana pula diletakkan di sekolah Keb. Sg. Serai. Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup pada hari itu yang mana cik kintan diberi tahu mereka sedang menduduki peperiksaan awal tahun. Sabar je la ye adik2.

Cik Kintan pun tak tau la nak ckp cam ne. Tapi tu la...kan (alasan le ni) kita tak de camera canggih..he..he..he..gamba tak sempat nak rakam dek kerana terlalu terkejut tengok keadaan pada masa tu (pada hal hp ada camera). Cik Kintan n hubby pagi esok (khamis) buat keputusan nak ikut bukit ampang (menara tinjau) nak ke opis (KL). Tapi alahai....hujan makin lebat dan berkabus....takut mak...ye le kami ni naik kuda besi (motor) haaa..buat nye jadi hapa-hapa....selisih malaikat 44... ..pusing balik le ...kita cuti je ari ni...itu je la yang boleh cik kintan cadangkan pada hubby. Masa balik terus g melawat jiran-jiran di mukin sg. serai. Terutama mini market AA Hayat. Sedihnya biler cik kintan n hubby diberitahu kerugian ratusan ribu ringgit gak. Barang2 seperti gula dan beras tak dpt nak di selamatkan. Tak Sempat. Bagi cik kintan n hubby apa yang boleh disumbangkan ialah benda ke atas tu. Jadik le..tak dpt tenaga kita sumbangla apa yang ada. Hubby pinjamkan untuk cuci lumpur-lumpur yang ditinggalkan bila air banjir surut.

Semoga mereka-mereka terus tabah menghadapi ujian dari yang Maha Kuasa. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allahualam

Tiada ulasan: