Khamis, 15 Mac 2012

BANJIR DI HULU LANGAT


Anak Cik Kintan, Abg Mie dengan waterjet
(selalunya digunakan untuk cuci kereta)
Tolong hantar ok, buat keje kebajikan skit nnti Allah bagi pahala kat Abg mie

RABU 8 Mac 2012-Hujan telah turun tanpa henti dari pukul 5 petang hinggalah keesokan hari nya khamis. Di ibukota Kuala Lumpur juga turut sama terkene tempias banjir walaupun banjir kilat. Cik kintan n hubbypun pada hari itu pulang lewat dari pejabat. petang tu di Hulu Langat rumah cik kintan masih ok lagi. Rupa-rupanya pada malam itu beberapa kawasan seperti di batu 18 hingga batu 14 telah dilanda banjir besar. Diikuti Sg. Serai, batu 11 (di kawasan berhampiran rumah cik kintan) nasib baik taman perumahan cik kintan terletak di atas bukit. Habis rumah dan harta benda dan kereta di tenggelami air sedalam paras dada orang dewasa. Sedih betul la keadaannye. Ada jiran cik kintan yang bermalam di masjid dan surau (balik dari kerja malam). Penduduk yang terkene bencana pula diletakkan di sekolah Keb. Sg. Serai. Sekolah-sekolah juga terpaksa ditutup pada hari itu yang mana cik kintan diberi tahu mereka sedang menduduki peperiksaan awal tahun. Sabar je la ye adik2.

Cik Kintan pun tak tau la nak ckp cam ne. Tapi tu la...kan (alasan le ni) kita tak de camera canggih..he..he..he..gamba tak sempat nak rakam dek kerana terlalu terkejut tengok keadaan pada masa tu (pada hal hp ada camera). Cik Kintan n hubby pagi esok (khamis) buat keputusan nak ikut bukit ampang (menara tinjau) nak ke opis (KL). Tapi alahai....hujan makin lebat dan berkabus....takut mak...ye le kami ni naik kuda besi (motor) haaa..buat nye jadi hapa-hapa....selisih malaikat 44... ..pusing balik le ...kita cuti je ari ni...itu je la yang boleh cik kintan cadangkan pada hubby. Masa balik terus g melawat jiran-jiran di mukin sg. serai. Terutama mini market AA Hayat. Sedihnya biler cik kintan n hubby diberitahu kerugian ratusan ribu ringgit gak. Barang2 seperti gula dan beras tak dpt nak di selamatkan. Tak Sempat. Bagi cik kintan n hubby apa yang boleh disumbangkan ialah benda ke atas tu. Jadik le..tak dpt tenaga kita sumbangla apa yang ada. Hubby pinjamkan untuk cuci lumpur-lumpur yang ditinggalkan bila air banjir surut.

Semoga mereka-mereka terus tabah menghadapi ujian dari yang Maha Kuasa. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Allahualam

Rabu, 14 Mac 2012

KEK PUDING KAREMAL


Percubaan pertama belang vanila n coklat

proses membakar

Percubaan ke dua coklat n oren (sangat sedap)

Errmmm....memang berbaloi-baloi percubaan cik kintan kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada blogger yang baik budi, sudi kongsikan rasepi, siap dengan step by step lagi. Walau bagaimanapun cik kintan ada derhakakan skit rasepinya mengikut citerasa cik kintan. Bahagian karemalnye je..cik kintan tambah 50ml susu dan telurnya tambah lagi 2 biji, nak tebal skit..tamak le tuuuu.... Masa yang pertama dulu cik kintan ikut sebiji-sebijik . Yang dah ke dua kali mula la nak membega...he..he..heee....(tak pe yang penting menjadikkk) jom kita lihat rasepinya.....



Bahan utk gula hangus:

2 sb gula
(masukan ke dlm acuan kek 8" dan letakkan di atas dapur gas, api perlahan. Biar gula cair dan warna perang gelap keseluruhan, jangan dikacau. Tutup api, biar sebentar)

Bahan utk puding:
(cik kintan buat lapisan pudingnya tebal sedikit)

450ml susu segar
140gm gula halus (custer sugar)
3 biji kuning telur ( simpan putihnya utk buat kek nnti)
4 biji telur
1 s.t. esen vanila
Parutan kulit limau sankis (supaya adunan telur wangi dan tak rasa hanyir)

Caranya:

Satukan semua bahan. Kacau dengan wisk perlahan2. Kacau hingga gula hancur tapi jangan sampai berbuih. Tapiskan ke dalam acuan kek tadi. Jangan bimbang kalau ada bunyi-bunyian seperti benda retak...tak lain tak bukan gula hangus yg dah mengeras tu la. Ketepikan dulu ye.


Bahan utk kek

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru, kuningnya simpan utk adunan 2)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar (cik kintan tak letak coz tak)

Caranya:

Pukul putih telur dengan mixer hingga berbuih. Masukkan gula dan cream of tar tar. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi hingga benar-benar kembang dan biler diterbalikkan adunan tidak akan tumpah. Ketepikan.


Adunan 2:

3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue (aduanan1)

130 ml air

50 ml minyak masak

70 gram gula castor

140 gram tepung gandum

1 sudu teh baking powder

Perasa atau pewarna mengikut kesukaan

Caranya:

Ayakkan tepung dan baking powder. Masukan kuning telur, air, minyak kedlm mangkuk adunan pukul dengan mixer hingga berbuih. Masukkan gula. Pukul lagi hingga benar2 kembang. Dengan menggunakan senduk kayu masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kemudian masukan pula adunan putih telur tadi sedikit demi sedikit sehingga habis. Ketika memasukan adunan putih telur kacau betul-betul hingga sebati baru masukan adunan putih telur seterusnya. Bahagikan 2 bahagian (cik kintan buar 2 warna je, coklat dan oren). Sudukan ke dalam aduan pudding tadi berselang seli. 4 sudu besar oren 4 sudu besar coklat (Ulang 4 x. dan seterusnya 3, 2 dan 1). Adunan akan terapung (jangan bimbang) Lihat blog lovelykichen untuk pemahaman yang lebih.

Panaskan oven 160 degree. (letakkan acuan kek di atas dulang oven, pelahan-lahan masukan air panas. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. Masukan dalam peti ais dulu baru dinikmati. yummiiiii




Rabu, 11 Mei 2011

BAU BADAN

Bau badan merupakan masalah yang dapat menurunkan tingkat kepercayaan diri seseorang. Bau tidak sedap yang dikeluarkan dari tubuh adalah disebabkan karena banyak hal.

Salah satu faktor yang menyebabkan bau badan adalah makanan. Dikutip dari hoswtuffworks, jenis bawang-bawangan, kunyit, daging merah dan makanan pedas, merupakan makanan pemicu aroma yang tidak sedap. Untuk itu, Anda perlu mencegah makanan yang disebutkan tadi, setidaknya mengurangi makanan-makanan tersebut.

Namun, ada juga makanan yang dapat mencegah bau badan. Apa sajakah itu? Berikut empat makanan yang dapat memngurangkan aroma tubuh yang kurang sedap.

Tomato

Tomato merupakan antiseptik alami yang dapat membunuh berbagai macam bakteria, termasuk bakteria yang membuat tubuh beraroma kurang sedap. Seperti dikutip Curebum, bau badan boleh hilang dengan sering minum jus tomato. Disarankan minum jus tomato sebanyak tiga kali sehari. Jus tomato tidak hanya diminum, tapi boleh juga dicampurkan dalam bathtub, sebagai penambah ritual mandi Anda.

Teh hijau

Bau badan mungkin disebabkan oleh faktor lingkungan, seperti polusi, matahari dan debu. Bau badan karena faktor lingkungan dapat diatasi dengan bahan yang mengandung antioksidan. Antioksidan yang baik untuk mengalahkan aroma tidak sedap pada tubuh adalah teh hijau. Teh hijau juga memiliki aroma khas. Bila rajin meminumnya, maka bau segar dari teh hijau dapat keluar dari dalam tubuh.

Seledri

Seperti dikutip Foodscout, daun seledri dapat melawan bau badan. Kandungan seledri dapat melawan racun yang ada di dalam tubuh penyebab bau badan. Jadi, jangan lupa memasukkan seledri dalam makanan sehat Anda.

Jus rumput

Jenis rumput tertentu dapat dijadikan sebagai minuman. Mungkin kedengarannya aneh, tapi jus rumput sudah banyak dijual di gerai minuman yang ada di mall-mall. Dilansir dari Foodscout, khasiat jus rumput dipercaya dapat mengatasi aroma tidak sedap pada tubuh.