Nasi Ayam ni Cik Kintan buat pada hari Ahad...tu sebab nama dia Nasi Ayam Ahad...Boleh gitu? He..he..he..sebenarnya nasi ayam ni cik kintan buat pada hari Ahad lepas baru ada kesempatan nak masukkan dlm blog usang ni. Kebetulan anak sulung cik kintan balik ke rumah so...ini adalah menu kegemaran dia dan abahnya. Masa balik ke housetel petang tu sempat jugak cik kintan bekalkan. Dan untuk sikecik di asrama cik kintan bawakan juga masa pegi melawat dia. Cik kintan percaya semua blogger pun tahu buat nasi ayam ni cuma kadang-kadang ada kelainan sikit dari bahan dan caranya. Tak kisahlah kan janji jadi nasi ayam. Jom kita tengok bahan Nasi Ayam Ahad Cik Kintan. Sudi...sudikan la ye......
Bahan untuk Ayam:
1 ekor ayam (belah 4 dan bersihkan, ambil kaki dan bahagian tengkok utk buat sup)
2 s.b. sos tiram
2 s.b kicap cair (masin)
1/2 inci halia*
2 ulas bawang putih* (* sagat atau tumbuk lumat)
Lumur semuanya pada ayam dan perap sekejap. Kemudian bolehlah digoreng dalam minyak yang banyak.
Bahan untuk Nasi:
2 pot susu beras (cik kintan guna tin susu kecil)
2 kiub pati ayam Knorr (Jenama yang lain pun boleh)
1/2 incin halia*
3 ulas bawang putih* ( * disagat / ditumbuk lumat + sedikit air dan perah airnya)
5 sudu besar minyak masak
(cik kintan suka pakai minyak masak selain mentega atau marjerin coz tak nak nasi nmpak kuning)
2 helas daun pandan wangi
Garam
Air
Basuh beras toskan dlm tapis. Panaskan periuk elektrik atas dapur masukkan minyak. Masukan beras yang dibasuh tadi. Masukan kiub pati ayam. Kacaukan sebentar. Masukan air anggaran yang diperlukan dan air halia/bwg putih. Masukan daun pandan. Kacau sebentar hingga air nasi tadi mendidih dan rasa. Letak garam jika perlu. Biar nasi terasa sedikit garamnya. Alihkan dari dapur dan masaklah seperti biasa kita gunakan rice cooker.
Bahan untuk Sup:
Panaskan air di dalam periuk masukan kaki dan tengkok ayam. Biar mendidih. Masukkan 1 kiub pati ayam. Ambil 1/2 inci halia dan 3 ulas bawang putih ditumbuk halus dan bubuh ke dalam sup. Masukan carrot yang dipotong dadu(tambahan). Biar mendidih sehingga kaki ayam lembut. Bila hendak makan baru ditaburkan daun bawang dan bawang goreng.
Bahan untuk Sos Cili:
4 biji cili merah
3 ulas bawang putih
3 biji limau kasturi
5 s.b sos cili
3 biji limau kasturi (boleh tambah ikut keperluan)
garam
Kisar semua dengan sedikit air hingga halus dan masak hingga pekat. Rasakan manis dan masamnya.
Setelah masak semuanya bolehlah dihidangkan nasi ayam tadi bersama ayam gorengnya. Seperti biasa ulamnya salat dan timun atau tomato. Untuk kuah kicap nya cik kintan letakkan kicap manis kipas udang je kat atas ayam tu. Selepas itu baru jiruskan kuah cilinya.....ermmmm yamiiii...SELAMAT MENCUBA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan