
PETIKAN DARI BLOG GENTA RASA USTAZ PAHROL (CUKUP HANYA UNTUK MELIHAT MENTARI)
Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang? Jawabnya,jangan panjang angan-angan… Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.
Oleh itu kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang sedang ada di tangan, tanpa takut dan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti, yang ada dalam angan-angan itu cuma ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti.
Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti pada masa depan. Samada yang kita jangkakan itu baik atau buruk. Jika kita mengangan-angankan yang baik, kita akan jadi ‘over confident’. Jika kita hanya mengangan-angankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya memusnahkan.
Ya, untuk mendapat ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Pendekkan angan-angan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Saya ulang lagi, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam…. Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.
Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buku yang tebal akan habis juga dibaca akhirnya. Bukan sahaja habis dibaca, bahkan ilmu yang dihidangkan akan dapat dihadamkan dengan mudah.
Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang pendek angan-angan dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.
Cik kintan amat tertarik dengan kata2 nasihat Ustaz Pahrol tentang orang-orang yang panjang angan2 sampai kadang2 terpaksa bersusah hati dengan sesuatu yang belum tentu menjadi realiti seperti yang diangankan. Bagi pandangan cik kintan perkara2 begini sering terjadi sekiranya fikiran kita lemah. Atau mungkin juga terasa diri kita terlalu bijak tanpa kita sedari kita jugak bersifat tamak dlm mengejar harta dunia(lebih-lebih lagi duit) nak cepat kaya. Tanpa kita sedari ramai orang diluar sana (yang suka ambil kesempatan) mencari orang2 seperti kita untuk dijadikan mangsa seperti skim cepat kaya, ibu duit dan dijamukan dengan saham2 yang tidak menjamin kebenarannya pelaburannya. Tapi Cik Kintan yang memang tak pandai ni heran la sesangat selalu yang menjadi mangsa penyangak2 terhormat ni orang2 yang bijak pandai dan orang kaya2 (berduit). Ada yang berlakon seperi Wali Songo he..he..he....alim tahi kucing...konon dapat menarik duit....Weh kalau ko tu boleh tarik duit..kenapa hidup ko pun merempat Yob. Kalau ko tu boleh main saham..sampai mencecah riban-riban kenapa hidup ko masih menipu orang sana-sini. Kesian kan. Cik kinta tak tau sama ada mereka2 ni terpedaya kerana di luar kesedaran (kene guna2/pukau) atau memang mereka sedar dan ada sifat tamak hingga tak mewaraskan fikiran. Maaf cik kintan tak mengajukan pada sesiapa..hanya untuk renungan cik kintan dan sesiapa sahaja yang terbaca blog usang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan